Friday, February 4, 2011

KHASIAT SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG




Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

-Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

-Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

-Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

-Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

-Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

-Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

-Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

MAKLUMAT LANJUT UNTUK PEMBELIAN ( 019-9327913 / 013-9227913 Syida )

Saturday, June 5, 2010

AMALAN MENGHINDARI DARI GANGGUAN JIN DAN IBLIS

Dalam kehidupan seseorang manusia tidak terlepas dari gangguan, gangguan daripada manusia atau jin atau iblis, namun semua penyakit ada penawarnya,... oleh yang demikian disini ingin saya berkongsi sedikit agar amalan ini tuan/puan dapat lakukan agar kita terhindar deri gangguan makhluk halus seperti jin dan iblis
1. sentiasalah baca al-muaw wizatani ( dua Qul)
2. Ayat Kursyi
3. Sentiasa tilawatul Quran
4. jauhi daripada maksiat dan perlakuan yang boleh mendatangkan dosa

selamat mencuba.
..
..

Sunday, February 7, 2010

BUKU KECIL AYAT-AYAT HAFAZAN SPM & PMR 2010




AYAT-AYAT HAFAZAN CALON SPM & PMR
2010
Buku kecil ini mengandungi ayat-ayat hafazan untuk calon-calon PMR & SPM tahun 2010 ia juga sesuai untuk pelajar tingkatan 1,2,3,4 dan 5 semua ayat-ayat hafazan dalam sukatan KBSM.
Buku kecil ini mudah dibawa kerana ianya kecil, boleh di bawa kemana saja anda pergi, boleh disimpan dalam poket baju atau beg tangan hanya dengan ukuran 3.5 x 4.5 inci sahaja. Kini ada dipustaka tertentu sahaja, anda boleh juga buat pesanan terus kepada saya dengan harga RM 2.20 senaskhah termasuk harga pos.
Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan wang pos atau melalui bank (bank in) atau internet banking
(MAYBANK) SEMUA BAYARAN atas nama: DZULKFLI B. GHAZ ..
No Akaun maybank : 153056117526
Buku ini akan dihantar selepas saya menerima pembayaran.
MAKLUMAN :
Selepas anda buat pembayaran SMS ke : 019-9327913 / 019-9317913
(ustazah Mursyieda atau Dzul Hj Ghazali)

Maklumat berikut :-
1-Maklumat pembayaran
2-Jumlah bayaran,
3-Tarikh dan bentuk bayaran
4-Alamat tuan/anda untuk urusan pos.Maklumat lanjut sila hubungi E-mail saya:
dzulkk@gmail.comSekian, terima kasih

Saturday, November 14, 2009

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA




Khasiat Minyak Kelapa Dara
Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit, mengurangkan garis-garis halus, mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit, menganjalkan kulit yang telah melendut, menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak, melembutkan kulit - kulit kurang kasar dan kering, merawat jerawat dari dalam, mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan.

Pertahanan penyakit Virus dan bakteria super

Uji kaji keanjalan kuit.

Berat badan Ideal.

Susu Ibu dan MCFA·

Menyuburkan Kulit dan rambut.

Pebesaran Saluran Kencing.

Sistem Pencernaan dan Zat.

Pencegah AIDS.

Pencegah dari bermulanya penyakit jantung.

Proses penuaan dan awet muda.

Kanser, Luka Radikal Bebas, Gejala Kelelahan Kronis.

Kencing Manis(Diabetis).

Sakit kulit yang kronik -serangan kulat, Ruam susu dan lampin.

Kurap, panau dan kudis, Resdung-Kerap bersin, berhingus, gatal pada kepala, hidung & tekak

Nafas berbau, Lelah @ asthma @ mengah.

Buasir-Najis berdarah, Darah Tinggi dan sakit Kepala.

Tairod pada leher.· Kencing tidak lawas & tenaga batin lemah.

Sakit sendi, rasa lemah dan kurang selera makan.

Jeragat pada muka( kesan demam campak) dan parut selepas bersalin.

Perut buncit dan berat badan berlebihan, Batuk dan pernafasan kurang lancar

Kelimumur, rambut gugur dan kepala rasa panas(stress).


Tempahan boleh buat melaui ( Syida: 019-9327913 )
Harga termurah jika dibandingkan dengan yang lain
hanya ...... 340 ml = RM 38.00 Tidak termasuk harga pos
... maklumat selanjutnya sila call...........

Saturday, May 30, 2009

DOA MALAIKAT UNTUK MANUSIA



11 jenis manusia yang di doakan oleh malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


# 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal."Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wednesday, May 27, 2009

INGATLAH MATI, KERANA IANYA BOLEH MENINGKATKAN IMAN SESEORANG



INGATLAH MATI, KERANA IANYA BOLEH MENINGKATKAN IMAN SESEORANG

Di dalam satu hadis Aisyah pernah bertanya Rasulullah s.a.w. : ``Wahai Rasulullah, adakah akan dihimpun sesuatu golongan bersama-sama dengan para syuhada?''
Jawab baginda Ya,
iaitu sesiapa yang mengingati mati 20 kali sehari semalam. Sesungguhnya hikmah daripada mengingati mati adalah supaya manusia sentiasa mengenangkan kehidupan yang kekal suatu hari nanti, persediaan menuju akhirat, penghapus dosa dan sebagai satu wasilah bagi mewujudkan perasaan zuhud dalam diri manusia. Malah Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa sekiranya manusia mengetahui selok belok perihal kematian, sudah pasti mereka akan kurangkan ketawa dan memperbanyakkan tangisan.
Secara normalnya, mati itu datang dengan terlebih dahulu diberi tanda-tanda sebagai peringatan, seperti sakit atau tua. Apabila usia melewati umur 45 tahun, alamat demi alamat dikirimkan untuk menyedarkan seseorang akan penamat usianya.
Tanda-tanda awal hampirnya kematian ialah mata mulai kabur, rambut mulai putih, giginya telah gugur, tenaga menjadi semakin lemah dan sebagainya.
Umur umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sekitar 60 tahun merujuk kepada umur Baginda sendiri. Rasulullah telah menyatakan di dalam sabdanya yang bermaksud : Allah menangguhkan akhir ajal seseorang hingga sampai 60 tahun.